Kulit Album Terbaik Anugerah Industri Muzik

Kulit Album Terbaik adalah salah satu kategori sokongan diberikan menerusi Anugerah Industri Muzik di mana berbentuk trofi mikrofon yang diberikan kepada pereka kulit album oleh rakyat Malaysia yang mencapai merit dan kualiti yang ditetapkan dalam industri rakaman. Ia disampaikan kepada pereka seni, jurugambar dan artis rakaman secara konsisten sejak mula diperkenal dan dianjurkan oleh Recording Industry Malaysia (RIM) dan Persatuan Industri Muzik Malaysia (PAIMM).